Jam
Jam (Jawi: جم, simbol: j) ialah satu unit masa. Ia bukan satu unit antarabangsa rasmi Biro Timbangan dan Ukuran Antarabangsa tetapi biro tersebut menerima pemakaian unit ini; 1 unit jam dikira bersamaan dengan 60 minit atau 3,600 saat.[1]
Perkataan jam mungkin datang daripada perkataan யாமம் yāmam dalam bahasa Tamil.[2][halaman diperlukan]
Takrif
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. (April 2026) |
Dalam penggunaan moden, satu jam adalah satu unit bagi masa yang bersamaan dengan 60 minit, atau 3,600 saat lamanya. Ia adalah kira-kira 1/24 satu hari bumi median.
Terdapat juga jam jarak hamal, satu unit bagi kedua-dua masa dan sudut.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Bahagian ini memerlukan pengembangan. Anda boleh menolong dengan membaiki seksyen itu. (April 2026) |
Jam adalah pada asalnya ditakrifkan dalam tamadun-tamadun kuno (termasuk Mesir, Sumeria, India dan China) sebagai sama ada satu per dua belas masa antara matahari terbit dan matahari terbenam atau satu per dua puluh empat dalam satu hari penuh. Dalam kedua-dua kes tersebut, pembahagian ini menunjukkan penggunaan yang meluas dalam sistem pembilangan asas dua belas (membilang dengan ibu jari, ruang antara sendi jari-jari yang lain pada tapak tangan yang sama, iaitu 3 x 4 = 12) dan kecenderungan yang meluas untuk membuat analogi pada set-set data (12 bulan, 12 tanda zodiak, 12 titik kompas utama, 12 jam, sedozen).
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Le Système international d’unités, The International System of Units (PDF) (dalam bahasa Perancis dan Inggeris) (ed. ke-9). Biro Timbangan dan Ukuran Antarabangsa. 2019. m/s. 33, 145. ISBN 978-92-822-2272-0.
- ^ Asmah Haji Omar (2000). Malay Perception of Time. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.